dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran SSM Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Siri Ketujuh

13 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Pendaftaran SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah memasuki siri ketujuh yang dikelolakan oleh Pengurus PIK. Kelas ini kembali mendapat sambutan apabila seorang peniaga dan usahawan tempatan iaitu Puan Effa Eriza binti A Aziz telah mengikuti kelas yang dianjurkan dengan jayanya. Beliau merupakan peniaga yang menjual masakan menu tengah hari seperti asam pedas, aneka gorengan dan produk kecantikan secara atas talian secara kecil-kecilan. Justeru, beliau berminat untuk mendaftarkan diri sebagai salah seorang penerima di bawah SPPP yang dijana oleh pihak SSM.

Kelas pendaftaran ini berlangsung pada 12 November 2021 iaitu hari jumaat pada jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Bimbingan telah diberikan dari mula membuka akaun sehingga proses penghantaran segala dokumen ke pihak SSM. Kelasnya juga telah berlangsung di bilik latihan PIK Tanjung Piai. Proses pendaftaran telah berlangsung dengan cepat dan lancar memandangkan segala dokumen yang diminta telah disediakan dengan lebih awal. Pada akhirnya, perniagaan beliau dinamakan dengan nama Warisan Abak Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.