dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Akaun Perniagaan Ssm Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Golongan Usahawan B40

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2021 iaitu bersamaan pada hari rabu, kakitangan PIK Tanjung Piai telah mendaftarkan akaun perniagaan SSM di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi golongan usahawan B40. Seramai dua orang usahawan yang tinggal di Tanjung Piai telah berdaftar di bawah SPPP ini yang dikelolakan sepenuhnya oleh pengurus PIK Tanjung Piai. Mereka ialah Encik Mohd Iman bin Yahya dan Puan Noraini bin Mohamad. Encik Mohd Iman merupakan seorang peniaga barangan pakaian dan makanan manakala Puan Noraini merupakan seorang usahawan yang menjual barangan dekorasi hiasan rumah.

Kedua-duanya telah bersetuju untuk mendaftarkan diri di bawah insentif yang diberikan oleh pihak SSM ini agar perniagaan mereka mempunyai lesen yang sah dan produk yang dijual diyakini oleh pembeli. Kedua-duanya juga merupakan usahawan yang dipilih oleh PIK Tanjung Piai untuk dijadikan sebagai anak angkat di mana mereka akan dibimbing oleh kakitangan PIK untuk menjalankan perniagaan secara atas talian menggunakan platform (e-commerce) iaitu shopee. Selain bertujuan untuk memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh pihak MCMC dan pengurusan, tujuan pendaftaran akaun SSM ini amat penting bagi membolehkan mereka mendapat bantuan perniagaan yang sewajarnya terutamanya di musim pandemik Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.