dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Akaun Ssm Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Siri Keempat

12 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2021 iaitu pada hari ahad, Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang usahawan yang tinggal berdekatan dengan PIK untuk mendaftarkan lesen perniagaannya. Beliau ialah Puan Nalita binti Suleiman yang merupakan ahli berdaftar di bawah PIK semenjak awal penubuhan. Beliau ingin memperbaharui lesen perniagaannya di SSM setelah tamat tempoh dan ingin menghidupkan kembali melalui SPPP. Pendaftaran dilakukan selama 2 jam iaitu pada waktu petang pada jam 4 petang sehingga 6 petang melalui aplikasi Whatsapps sepenuhnya.

Beliau telah memberikan segala maklumat seperti yang diminta bagi memudahkan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Puan Nalita merupakan seorang usahawan yang bercorak variasi memandangkan beliau menjalankan perniagaan dengan kepelbagaian jenis barangan. Antaranya, produk makanan berasaskan kek, makanan basah seperti udang dan ikan serta perkhidmatan katering dan pendawaian elektrik. Perniagaannya diabadikan dengan nama Warisan Bonda Ita Enterprise. Lokasi perniagaannya terletak tidak jauh dari lokasi Pusat Ekonomi Digital Komuniti iaitu sekitar 1 km.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.