dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Akaun Perniagaan Ssm Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Golongan Usahawan B40 Siri Ketiga

5 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah kelolaan SSM kembali mendapat sambutan apabila dua orang usahawan di Tanjung Piai ingin mendaftarkan perniagaan mereka yang dikelolakan sepenuhnya oleh Pengurus PIK Tanjung Piai. Pendaftaran dua orang usahawan berkenaan dijalankan pada 4 Julai 2021 iaitu pada hari Ahad. Mereka ialah Encik Abdul Rahman bin Mustafa yang berasal dari Kampung Perpat Timbul, Tanjung Piai dan Puan Nur Mirza binti Hamdi dari Kampung Sawah Pekan Nenas.

Pendaftaran dijalankan sepenuhnya secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp selama lebih daripada 3 jam. Pengurus PIK Tanjung Piai ada memberikan sedikit penerangan secara ringkas melalui konsep perniagaan yang boleh mereka daftarkan melalui sistem Ezbiz. Kedua-duanya bersetuju untuk memilih pakej Trade Name yang memperuntukkan pemilikan perniagaan secara tunggal. Encik Abdul Rahman memilih untuk mendaftarkan perniagaannya menggunakan nama AzuraMan Enterprise manakala Puan Nur Mirza menggunakan nama Haiza Harith Enterprise. Segala maklumat yang diminta oleh pengurus PIK telah diberikan dan memudahkan proses pendaftaran dijalankan. Kedua-dua mereka juga telah bersetuju untuk berdaftar sebagai ahli baru di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.