dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Akaun Perniagaan Ssm Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Bagi Golongan Usahawan B40 Siri Kedua

4 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pengurus PIK Tanjung Piai telah dihubungi oleh Encik Shahrudin bin Johan untuk mendaftarkan perniagaannya di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatain (SPPP) SSM. Beliau merupakan seorang usahawan dari golongan B40 yang bersetuju berdaftar memandangkan beliau mempunyai rekod pengkalan data sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperlukan oleh pihak SSM. Tiada pembayaran Fi dikenakan memandangkan beliau menepati kesemua syarat yang telah ditetapkan di bawah skim berkenaan. Beliau berasal dari kampong Serkat Barat yang merupakan salah satu kawasan penempatan komuniti yang terletak dalam lingkungan parlimen Tanjung Piai.

Oleh itu, Pengurus PIK telah mendaftarkan beliau untuk memperolehi lesen perniagaan secara percuma. Pendaftaran dilakukan secara atas talian melalui sistem Ezbiz melalui perbincangan dalam aplikasi Whatsapp sepenuhnya. Pendaftaran perniagaan di bawah SSM ini amat penting memandangkan beliau boleh memohon pelbagai bentuk bantuan perniagaan dari pihak kerajaan atau NGO dengan syarat utamanya mestilah mempunyai lesen. Secara tidak langsung, pendaftaran ini juga membolehkan Encik Shahrudin didaftarkan sebagai ahli baru PIK Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.