dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Pendaftaran Permohonan Guru Di Portal MYSPP

17 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2021 iaitu pada hari Jumaat, Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang penduduk kampung yang tinggal di mukim serkat untuk melancarkan proses pendaftarannya mengenai permohonan guru. Beliau ialah Siti Aishah binti Abd Wahid berusia 34 tahun. Beliau merupakan seorang alumni dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dan Linguistik. Justeru, beliau ada menghubungi Pengurus PIK untuk menerangkan kepadanya mengenai kelancaran proses pendaftaran untuk permohonan guru secara one-off di portal MySPP.

Aktiviti pendaftaran berlangsung selang beberapa waktu memandangkan beliau perlu menyediakan pelbagai senarai dokumen seperti yang diminta. Panduan yang diberikan menggunakan aplikasi Whatsapp sepenuhnya memandangkan lokasi kediaman beliau tidak boleh digunakan untuk mengakses perisian seperti Google Meet atau Cloud Zoom Meeting. Aktiviti pendaftaran seperti penggunaan template palang bagi setiap dokumen yang ingin dihantar, Google Drive, teknik imbas dan syarat pemilihan opsyen subjek telah diterangkan sehingga permohonan selesai. Secara tidak langsung juga membolehkan beliau berdaftar sebagai ahli di PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.