dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas dan Pengenalan Gmail

25 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2021 telah berlangsungnya satu sesi kelas pembelajaran dan pengajaran yang dikelolakan khusus oleh Pengurus PIK. Kelas tersebut adalah kelas asas dan pengenalan Gmail. Kelas ini telah berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang di bilik latihan PIK Tanjung Piai. Seramai dua orang pelajar selaku pasangan adik beradik telah menyertai kelas yang dianjurkan iaitu Haziq Nor bin Hasril dan Hazim Nor bin Hasril.

Mereka juga merupakan antara pelajar yang sentiasa akrab dengan aktiviti pembelajaran yang dikelolakan di bawah PIK termasuk program anjuran Maxis eKelas. Melalui kelas tersebut, mereka telah diajar mengenai kaedah daftar sebagai pengguna terlebih dahulu diikuti dengan pemilihan nama emel, kata laluan, pengesahan nombor telefon dan teknik penerangan asas dalam Gmail. Pengurus PIK turut menerangkan secara ringkas mengenai inbox, sent, meet, compose dan drive. Pada akhir kelas, mereka mendapat pengetahuan mengenai asas menggunakan Gmail dan sijil penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.