dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pencarian Data Bahas Ala Parlimen Bersama Cikgu Latiff SMK Sri Kukup

2 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2021 bersamaan pada hari rabu, pengurus PIK telah membantu seorang guru bahasa Melayu SMK Sri Kukup iaitu Cikgu Latiff untuk mencari data mengenai pertandingan bahas ala parlimen peringkat akhir. Pertandingan bahas ala parlimen pada edisi kali ni berlangsung secara dalam talian sahaja dan Cikgu Latiff meminta pertolongan pengurus PIK untuk membantunya. Tajuknya adalah Pembelajaran Atas Talian Cabaran Mendepani Pendidikan Negara. Pengurus PIK sedia untuk membantu memandangkan beliau merupakan bekas guru yang pernah mengajar pengurus PIK di SMK Sri Kukup. Pada pertandingan peringkat akhir ini, Cikgu Latiff memaklumkan bahawa SMK Sri Kukup akan bertindak sebagai pihak pembangkang manakala SMK Parit Betak ditugaskan sebagai pihak kerajaan. Isi maklumat telah dicari dan dihantar kepada Cikgu Latiff melalui aplikasi Whatsapp sepenuhnya. Pengurus PIK mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bahas SMK Sri Kukup di bawah bimbingan Cikgu Latiff.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.