dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip (Dance Mat Typing)

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2021, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai telah menganjurkan kelas menaip sebagai salah satu kaedah untuk mempertingkatkan kemahiran komputer dalam kalangan komuniti. Kaedah pengajaran adalah menggunakan dance mat typing. Kaedah ini dikenal pasti sebagai salah satu langkah mudah bagi pengguna untuk belajar menaip di samping memahirkan diri dengan papan kekunci (keyboard). Pengajaran ini dilaksanakan di bilik latihan yang terletak di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai dan dikelolakan oleh pengurus dan penolong pengurus. Seramai dua orang telah mengikuti kelas menaip yang dianjurkan iaitu pasangan adik beradik Nur Hidayah Azmi dan Muhammad Farid Azmi. Kelas yang diikuti oleh mereka berlangsung hampir 2 jam iaitu pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.