Asas Pengenalan Pembukaan Akaun E-Dagang (Shopee) Siri Kedua
24 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPengurus dan penolong pengurus PIK Tanjung Piai telah hadir ke kediaman usahawan utama kami iaitu Encik Mohd Iman bin Yahya pada sebelah malam iaitu pada hari sabtu. Tujuannya adalah untuk mendaftarkan akaun perniagaannya berkonsepkan E-Dagang iaitu Shopee. Beliau telah dibimbing oleh Penolong Pengurus PIK dari segenap aspek bermula pembukaan akaun, pemilihan nama kedai, gambar, logo, bingkai sehingga ke iklan penjualan ke dalam akaun Shopee. Sesi perjumpaan diadakan secara bersemuka kerana Encik Mohd Iman merasakan pengajaran secara fizikal lebih senang untuk beliau fahami berbanding atas talian.
Permintaan ini tidak mendatangkan masalah kepada kakitangan PIK memandangkan kediaman Encik Mohd Iman hanya terletak berhadapan dengan lokasi PIK Tanjung Piai. Pengajarannya berlangsung selama hampir 3 jam iaitu pada jam 8 malam sehingga 11 malam. Pembukaan akaun Shopee ini juga amat penting memadangkan beliau ingin mencuba platfom yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia selain di FB, Instagram dan Whatsapp. Secara tidak langsung juga membolehkan Encik Mohd Iman menjadi penjual dan pembeli di platform E-Dagang berkenaan. Nama perniagannya di Shopee adalah Iman_Dende Bundle. Link perniagaan Shopee beliau boleh diakses melalui: mohdimanyahya
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: