dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Shopee Mengenai Cara Menambah Pengikut (Follower)

8 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Shopee mengenai cara untuk menambah pengikut atau lebih mesra dipanggil sebagai follower dalam kalangan pembeli dan peniaga Shopee telah dijalankan dengan jayanya pada 7 November 2021 iaitu pada hari ahad. Kelas tersebut telah berlangsung selama dua jam bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Seorang usahawan telah terlibat iaitu Puan Noraini binti Mohammad. Beliau juga merupakan usahawan utama yang mendapat bimbingan sepenuhnya dari PIK Tanjung Piai.

Intipati utama dalam kelas berkenaan adalah Penolong Pengurus telah memantau perkembangan jualan dalam shopee sepanjang bulan Oktober. Seterusnya, menjalankan pemerhatian dan penambah baikkan dalam iklan shopee ads yang telah dilaksanakan bulan September yang lalu. Melalui langkah untuk menambah jumlah pengikut dalam akaun pemilik Shopee, Penolong Pengurus telah meminta Puan Noraini untuk mencari produk yang sama di kedai shopee yang lain dan meminta untuk melihat setiap pembeli yang sudah membeli barangan di kedai tersebut. Sebelum sesi kelas berakhir, pembelajaran turut didedahkan kepada Puan Noraini bagaimana untuk membuat voucher diskaun untuk orang yang telah mengikuti kedai shopeenya nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.