dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Ramah Mesra Bersama Panel Penasihat PEDi Tanjung Piai

30 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Majlis ramah mesra bersama panel penasihat PEDi Tanjung Piai telah diadakan dengan jayanya pada 29 Disember 2021 iaitu pada hari rabu. Majlis ramah mesra telah dianjurkan bertujuan untuk berkenal-kenalan, merapat hubungan silaturahim selain bermotifkan untuk menjayakan agenda yang dikelolakan oleh PEDi Tanjung Piai. Majlis ini telah dihadiri oleh empat panel penasihat iaitu Encik Zool Shuhaifi Hassim selaku Penghulu dan Pengerusi Panel Penasihat PEDi, Encik Mohd Rusly bin Abas selaku Naib Pengerusi, Encik Mohd Hafidzuddin Mohd Salleh selaku Biro 1 dan Puan Noraini binti Ab Ghani selaku Biro 3. Turut sama menyertai majlis ini adalah Pengurus PEDi yang bertindak selaku pengacara dan Penolong Pengurus PEDi sebagai urus setia.

Majlis ini berlangsung selama 2 jam dan dijayakan secara santai di dalam bilik latihan PEDi Tanjung Piai. Atur cara majlis ramah mesra ini dimulakan dengan ketibaan para panel penasihat dan seterusnya penerangan mengenai PEDi serta tugas yang telah diperuntukkan kepada panel penasihat. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar. Melalui majlis sedemikian, kakitangan PEDi banyak menerangkan mengenai piawaian terbaru dalam PEDi yang telah ditukar nama dari Pusat Internet Komuniti (PIK). Tambahan, majlis ini menjadi satu tali pengikat antara kakitangan PEDi dengan panel penasihat demi menjayakan sebarang program atau majlis pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.