Sambutan Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021
29 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 atau pun sinonim dengan panggilan Hari Merdeka, PIK Tanjung Piai turut menjadi salah satu destinasi untuk menyemarakkan lagi sambutan berkenaan. Setiap ruangan dalam PIK telah dihiasi dengan bendera Malaysia serta paparan kit promo Merdeka.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan pengunjung yang datang akan merasai suasana kemerdekaan meskipun berada dalam situasi kehidupan norma baharu. Antara lain adalah setiap paparan di desktop PC juga akan ditukar latar belakangnya menggunakan gambaran kemerdekaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: