dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi Perkongsian Dari Ketua Kluster PIK Pontian Berkaitan E-Commerce

28 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2021, kakitangan PIK Tanjung Piai telah mengikuti satu sesi perkongsian berkaitan E-Commerce yang telah disampaikan oleh Ketua Kluster PIK Pontian. Beliau ialah Encik Mohd Adha Shah bin Mohd Basir yang merupakan Pengurus Pusat Ekonomi Digital Komuniti Sungai Pinggan, Pontian. Encik Mohd Adha Shah merupakan bekas Pengurus Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai pada tahun 2019 sebelum berpindah ke PIK Sungai Pinggan. Kelas secara atas talian menggunakan plaform Google Meet ini berlangsung selama 2 jam iaitu pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Sesi perkongsian yang dijalankan mengisahkan tentang teknik dan cara untuk memulakan perniagaan menggunakan perisian Kiah Store. Perisian ini seakan Shopee akan tetapi merupakan satu perisian lain yang boleh digunakan untuk para usahawan berniaga. Seramai 18 peserta telah mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan terdiri daripada beberapa PIK lain dan komuniti setempat di Sungai Pinggan. Antara PIK yang di bawah pemberi perkhidmatan Sprintz Designs terlibat sama adalah PIK Felcra Sungai Ara. Penerangan mengenai E-Commerce ini amat bermanfaat memandangkan setiap PIK pada masa kini lebih terarah kepada pengajaran kemodenan perniagaan era digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.