dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program SPARK UsahaWira Anjuran Maxis Business Secara Atas Talian

25 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2021 iaitu bersamaan pada hari selasa, Pengurus PIK Tanjung Piai telah menyemarakkan program SPARK UsahaWira secara atas talian kepada para usahawan yang tinggal di kawasan sekitar. Seramai 3 orang usahawan telah menyertai program keusahawanan yang dijalankan pada hari berkenaan. Mereka ialah Puan Nalita binti Suleiman, Puan Noraini binti Mohammad dan Puan Nor Hidayah binti Zulkefli. Ketiga-tiga mereka merupakan usahawan yang akrab dengan PIK Tanjung Piai dan sentiasa terbuka untuk mengikuti sebarang kelas usahawan yang dianjurkan asalkan mengikut kesesuaian masa mereka.

Program yang dianjurkan secara atas talian ini membuatkan mereka tidak hadir secara bersemuka di PIK akan tetapi hanya berada di kediaman masing-masing sahaja ketika kelas berlangsung. Mereka telah didedahkan dengan hebahan mengenai program berkenaan seminggu lebih awal bagi memberi ruang kepada mereka mencari masa dan ruang. Mereka telah dibimbing oleh pengurus PIK dari aspek pendaftaran dalam aplikasi Whatsapp dan pencerahan awal mengenai program SPARK. Pada akhir program, mereka mendapat input dan ilmu baru mengenai dunia perniagaan serta berharap program keushawanan sedemikian dapat diteruskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.