dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Daftar Pernikahan Melalui SPPIM

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pengurus PIK telah membantu dua orang ahli baru untuk melengkapkan sistem pernikahan secara atas talian melalui portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Mereka ialah Encik Azhar bin Zainal dan Puan Alimah binti Mohd Ihsan. Mereka berdua telah hadir ke PIK pada hari isnin bersamaan 22 November jam 10.30 pagi. Hal ini memandangkan mereka kurang arif mengenai sistem permohonan secara atas talian dan telah dibantu sepenuhnya oleh pengurus PIK. Permohonan melalui SPPIM ini mengenai urusan mereka berjalan dengan lancar memandangkan mereka menyediakan kesemua dokumen dan maklumat yang diperlukan.

Mereka telah hadir ke PIK dengan mengamalkan proses operasi standard (SOP) yang pihak PIK tetapkan. Pendaftaran permohonan telah selesai sepenuhnya pada jam 11.30 tengah hari. Segala borang yang diperlukan termasuk percetakan, fotostat kad pengenalan serta sijil-sijil yang berkaitan turut berjaya disediakan. Secara tidak langsung juga membolehkan Encik Azhar dan Puan Alimah didaftarkan sebagai ahli baru di PIK. Setelah selesai melakukan permohonan, Pengurus PIK turut sempat menerangkan secara ringkas mengenai Pakej Remaja dan Pakej Peranti kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.