dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Pembelajaran Microsoft Word Siri Ketiga

20 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2021 iaitu hari isnin, kelas asas pembelajaran Microsoft Word untuk siri ketiga bersama Tuan Haji Ma’arof kembali dijalankan pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Melalui sesi pembelajaran pada kali ini, Tuan Haji Ma’arof telah membawa komputer riba milik peribadinya bagi memudahkan pengajaran untuknya. Beliau telah diajarkan mengenai cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word yang terdapat dalam fail gambar di komputer ribanya serta paparan yang terdapat pada desktop.

Selain itu, beliau turut diajarkan untuk meletakkan frame atau bingkai yang telah dimasukkan ke dalam Word. Melalui teknik berkenaan, pelbagai corak yang menjadi kegemaran Tuan Haji Ma’arof telah dipilih sehingga beliau merasakan keseronokan menggunakan perisian berkenaan. Setelah selesai pengajaran, beliau juga meminta Pengurus PEDi untuk menunjukkan beliau cara menggunakan hard disk antaranya memindahkan fail atau maklumat serta mencari sesuatu nama dalam hard disk berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.