dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Pelancaran Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

22 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2021 bersamaan hari ahad, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan acara perasmian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Bangunan Anjung Warisan, Kampung Durian Tawar Bandar Bera, Pahang. Majlis pelancaran ini bertujuan untuk mentransformasikan Pusat Ekonomi Digital Komuniti dan Pusat Ekonomi Digital Desa seluruh negara sebagai pusat perkembangan keusahawanan digital era baru. Sebanyak 873 PIK sedia ada akan dijadikan sebagai sebagai lokasi bagi usahawan untuk memasarkan produk perniagaan mereka menggunakan platform e-dagang.

Justeru, semua kakitangan yang bertugas di PIK seluruh negara telah mengikuti majlis pelancaran PEDi ini melalui siaran langsung yang disiarkan di Facebook rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan RTM pada jam 9.30 pagi. Pelancaran PEDi ini juga amat penting bagi membolehkan pelbagai aktiviti keusahawanan dipertingkatkan di PIK serta menjadikan PIK sebagai lokasi himpunan masyarakat untuk mempelajari ilmu perniagaan berkonsep ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.