dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti Mengedit Bab Dalam Buku Bersama Pensyarah Pusat Citra UKM

2 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November iaitu hari isnin, Pengurus PIK telah membantu seorang pensyarah dari Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Maharam Mamat dalam proses pengeditan buku. Buku yang ingin beliau hasilkan bertajuk “Alam Sekitar Dalam Novel” atau lebih dikenali sebagai Sastera Alam Sekitar. Beliau telah menghubungi Pengurus PIK untuk membantu beliau menyemak artikel bab dalam buku yang telah dihasilkan oleh beberapa orang penulis. Semakan telah dibuat dari aspek tatabahasa, kosa kata, teknikal, petikan dalam novel, ayat dalam pemerengganan sehingga penyuntingan rujukan.

Proses mengedit bab dalam buku ini memakan masa selama dua jam bermula jam 2.00 petang dan siap sepenuhnya pada jam 4.00 petang. Proses sedemikian dilakukan secara maya sahaja menggunakan Microsoft Word dan kemudiannya dihantar semula menggunakan perisian Gmail. Proses yang dilakukan ini adalah amat penting bagi tujuan fahaman penggunakan bahasa Melayu yang betul dalam sesebuah penulisan untuk meminimumkan kesalahan. Dr. Maharam juga merupakan Duta Kenali Ubat Anda Hospital Serdang Jabatan Farmasi Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.