dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Pembelajaran Microsoft Word Siri Kedua

20 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas asas pembelajaran Microsoft Word untuk siri kedua bersama Tuan Haji Maarof bin Haron kembali bersambung pada 19 Disember 2021 iaitu hari ahad. Kelas ini berlangsung dengan jayanya pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari selama dua jam. Hal ini demikian kerana, Tuan Haji Maarof ingin meneruskan sesi pembelajaran yang telah diikutinya pada 14 Disember 2021 dengan lebih mendalam. Melalui sesi kelas yang diadakan, Pengurus PEDi telah mengajar beliau cara untuk menambah bilangan kotak di dalam sesuatu halaman serta mengajarnya cara untuk meletak nombor pada muka surat.

Pengurus PEDi mengajarnya cara untuk memilih dan meletakkan sesuatu muka surat pada halaman dengan mengikut cita rasanya sama ada menggunakan nombor, huruf atau simbol. Di samping itu juga, Tuan Haji Maarof turut diajarkan mengenai kaedah untuk menyusun folder mengikut abjad dalam sesuatu fail mengikut kegemarannya juga. Sesi pembelajaran kelas asas ini amat menarik minat Tuan Haji Maarof memandangkan beliau ingin mengasah kembali kemahiran menggunakan perisian tersebut terutamanya ketika membuat sesuatu tugasan di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.