dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz Dalam Talian Anjuran PIK Tanjung Piai

15 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kakitangan PIK Tanjung Piai telah menjalankan kuiz secara dalam talian berbentuk Google Form dan telah meminta penduduk sekitar di mukim Serkat untuk menjawabnya. Kuiz ini berbentuk santai dan sememangnya mudah untuk para pengguna mengklik pilihan jawapan. Kuiz ini telah dijalankan pada 14 November 2021 dan telah dihantar melalui aplikasi Whatsapp kepada mereka yang ingin menjawabnya. Seramai 23 orang responden telah terlibat dalam kuiz berkenaan dan telah menjawab kesemua sembilan soalan yang dinyatakan. Kuiz berkenaan tidak menjurus kepada sesuatu tajuk sahaja akan tetapi merangkumi beberapa aspek untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan pengguna terhadap PIK dan ICT.

Kuiz ini mula dikongsikan sekitar jam 11.00 pagi dan ditutup penyertaannya pada jam 5.00 petang. Melalui analisis jawapan yang diterima, rata-rata responden memilih Microsoft Word sebagai pilihan utama dalam jenis Microsoft yang diminati, aplikasi Facebook dan talian internet Digi sebagai pilihan dalam peranti pintar mereka. Selain itu, aplikasi Gmail telah dipilih sebagai jenis emel yang digunakan, aplikasi Shopee sebagai pusat pembelian barang perniagaan dan PIK relevan sebagai pusat pencarian maklumat berkaitan ICT. Analisis lain menunjukkan perkhidmatan pengimbas atau scanner diketahui menjadi salah satu perkhidmatan di PIK, pemilihan wifi yang laju dan stabil serta mengetahui akan penamatan rangkaian 3G menjadi jawapan rata-rata responden.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.