dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Pembelajaran Microsoft Word

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas asas pembelajaran Microsoft Word telah diadakan dengan jayanya pada 14 Disember 2021 bersamaan hari selasa. Kelas ini diadakan atas permintaan ahli baru PEDi iaitu Tuan Haji Ma’arof bin Haron. Beliau telah hadir ke PEDi dan telah meminta Pengurus PEDi agar mengajarnya teknik asas ketika hendak menggunakan Microsoft Word. Tuan Haji Ma’arof merupakan seorang pesara kerajaan berjawatan Inspektor Polis. Oleh yang demikian, kelas mengenai asas awal menggunakan Microsoft Word ini telah diadakan pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di bilik latihan PEDi dan dimulakan dengan penerangan jenis tulisan dan saiz fon terlebih dahulu. Kemudian, Tuan Haji Ma’arof diajarkan pengenalan mengenai insert terutamanya penggunaan gambar rajah dan kotak. Beliau telah diajarkan cara menyusun abjad dan nombor mengikut turutan dan teknik centre dalam membuat sesuatu pemerengganan. Seterusnya, cara menyimpan sesuatu dokumen ke dalam folder sehingga meletakkan muka surat turut sama ditunjukkan. Kelas asas ini tidak menyentuh secara menyeluruh mengenai semua perisian dalam Micorosft Word akan tetapi diajar satu persatu agar Tuan Haji Ma’arof dapat memahaminya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.