dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Check In MySejahtera

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang pengguna di PIK iaitu Puan Ruhawah binti Ahmad untuk membuat QR barkod MySejahtera. QR kod ini adalah untuk premis di tempat beliau bekerja. Hal ini amat penting memandangkan kesemua premis makanan yang beroperasi adalah wajib untuk menyediakan barkod MySejahtera ditambah dengan aplikasi MySejahtera kini lebih bercorak kekinian dan moden. Perkara ini disebabkan QR barkod MySejahtera di premis tempat beliau bekerja telah koyak dan sukar pengguna yang datang untuk mengimbas.

Oleh itu, beliau telah dibantu oleh Pengurus PIK melalui bimbingan secara dalam talian sahaja menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau telah diminta untuk menyediakan maklumat dari segi nama pemilik kedai, nama perniagaan, nama e-mel, alamat perniagaan dan nombor OTP untuk didaftarkan. Pada akhirnya, nama premis perniagaan tempat beliau bekerja didaftarkan dengan nama Kedai Sarapan Kak Zah. Lokasinya terletak di Pekan Serkat lebih kurang 2 km dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.