dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) – Pengetahuan Asas

12 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2021 bersamaan hari sabtu, kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tanjung Piai telah membuat tinjauan secara santai mengenai Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). Kuiz ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan asas para pengguna khususnya di media sosial sekiranya mereka terlibat dengan situasi ketika melayari internet. Kuiz KDB ini dijalankan selama satu jam sahaja bermula jam 12.00 tengah hari sehingga jam 1.00 petang sahaja. Seramai 4 orang peserta secara sukarela menjawab kuiz yang telah disediakan dan kesemunya berusia dalam lingkungan 20-25 tahun.

Mereka memperakui bahawa kesemuanya merupakan pengguna tegar di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Oleh yang demikian, kakitangan PEDi telah mengarahkan mereka agar menjawab soal selidik berkaitan pengetahuan asas ketika mereka berdepan dengan dunia di alam maya. Alhamdulillah, kesemuaya menjawab dengan menepati piawaian jawapan yang dikhendaki oleh kakitangan PEDi. Tambahan, kakitangan PEDi turut menerangkan kepada mereka mengenai peralihan nama Pusat Internet Komuniti (PIK) ke arah Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.