dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Digital Competency Score (DCS)

6 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2021 bersamaan hari selasa, Pengurus PIK telah membantu dua orang pelajar Tingkatan 5 SMK Sri Kukup iaitu saudari Adibah binti Kamaruzaman dan Nur Haifa binti Lokman mengenai program Digital Competency Score (DCS). Program DCS anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kementerian Pendidikan Malaysia ini berteraskan kepada Tapir Hero Bring Back The Sun. Menurut kedua-dua pelajar ini, pelajar yang berada di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 merupakan antara kelompok yang menjadi peserta pada edisi anjuran pada kali ini.

Oleh yang demikian, mereka telah hadir ke PIK bagi menggunakan kemudahan PC yang disediakan bagi menjayakan program berkenaan. Perkara ini juga secara tidak langsung membolehkan pengurus PIK memperkenalkan kepada mereka mengenai program Misi Jelajah Digital yang dikelolakan di bawah Maxis eKelas sebagai program input tambahan selain DCS. Kedua-duanya berasa terasa tertarik dan bersedia untuk mengikuti modul pembelajaran Misi Jelajah Digital mengenai aspek STEM. Memandangkan DCS dan Misi Jelajah Digital mempunyai hubung kait yang sama iaitu berpaksikan kepada asas sains komputer, justeru penerangan mengenainya wajar diteruskan dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.