dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran SSM Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Siri Kelima

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2021, Pengurus PIK Tanjung Piai telah membantu seorang peniaga dan usahawan tempatan iaitu Puan AmiraKasira Mohd Zamri mengenai proses pendaftaran SSM. Beliau merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan makanan seperti makanan bergoreng dan minuman seperti ice-blended. Beliau juga menjual produknya secara atas talian menggunakan platfom media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram. Oleh yang demikian, Puan Amira merasakan peri pentingnya untuk mempunyai lesen perniagaan SSM bagi membolehkan beliau memohon sebarang bantuan sekiranya bersesuaian.

Oleh yang demikian, beliau telah hadir ke PIK Tanjung Piai untuk dibantu bagi melancarkan proses pendaftaran akaun SSM melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Beliau juga telah diminta bersedia dengan lebih awal dengan menyediakan maklumat yang diminta seperti butiran peribadi, nama perniagaan sehingga bukti kelulusan penerima BPR. Pendaftaran berlangsung pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang secara bersemuka namun tetap mengamalkan SOP yang telah ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penggunaan sanitizer. Akhiran, perniagaan beliau dinamakan dengan nama Amira Hafizan Enterprise.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.