dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Membantu Penduduk Untuk Membuat Permohonan Bantuan Kerajaan - Bantuan Untuk Ibu Tunggal

21 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjalankan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di mana salah satu pelan tersebut adalah Bantuan Khas Ibu Tunggal.

Pihak Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai turut mengambil peluang untuk membantu para ibu tunggal terutamanya yang tinggal sekitar kawasan Pusat Ekonomi Digital untuk membuat permohonan tersebut. Mereka hanya perlu membawa salinan dokumen yang diperlukan dan pihak Pusat Ekonomi Digital akan membantu untuk membuat permohonan tersebut.
Notis dan iklan tentang bantuan ini telah diwar-warkan oleh pihak Pusat Ekonomi Digital di laman sosial dan juag telah meminta Ketua Kampung Tanjung Piai dan Ketua Kampung Serkat untuk menghebahkan berita ini kepada anak buah mereka.

Terdapat beberapa orang ibu tunggal telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Tanjung Piai dan meminta pihak kami untuk membantu membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal tersebut.

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.