dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kesedaran Perlindungan Data Peribadi

11 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2020, satu program anjuran Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah. Program ini dihadiri oleh kesemua Pusat Ekonomi Digital di Johor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada pengurus serta penolong pengurus setiap puat internet tentang kepentingan perlindungan data peribadi.

Taklimat program selama dua jam ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah iaitu Encik Mazmalek Mohamad. Program kesedaran melalui Pusat Ekonomi Digital ini merupakan satu platform terbaik bagi memberi kesedaran tentang perlindungan data peribadi kepada orang awam. Hal ini kerana Pusat Ekonomi Digital merupakan pihak yang paling dekat dengan masyarakat tempatan terutamanya di kawasan luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.